Tuesday, March 23, 2010

Tips Internet Berguna

Pelayaran internet boleh menjadi sebuah pengalaman yang menarik atau sebaliknya

jika menghadapi masalah. Untuk menjadikannya sebuah pengalaman yang menarik

anda boleh bersedia dengan beberapa strategi yang berguna. Berikut adalah

beberapa tip yang sesuai untuk anda gunakan semasa pelayaran web.


Halang iklan (pop-up banner)

Kini semakin ramai pengguna mendapat iklan kamera X10 yang muncul secara tibatiba

di skrin. Iklan ini menggunakan "pop-under ads" yang akan muncul secara

senyap di belakang pelayar web anda. Walaupun ia tidak merbahaya tetapi ia agak

membosankan. Untuk membunuh iklan ini ia berfungsi untuk 30 hari sahaja, klik pda

bebutang More Info dan ia akan memaparkan laman web X10. Klik sambungan

Customer Support dan klik kepada sambungan "Info on X10 advertising" kemudian

pergi ke bawah laman dan kik pada Click Here! seterusnya klik pada sambungan

yang akan mengelakkan iklan ini muncul lagi. Cookies pelayar web anda akan

memadamkan ad tersebut.


Sambungan modem

Pengguna tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini

adalah tip untuk terus bersambung. Klik Start, Settings, dan Control Panel. Dalam

Control Panel, dwi-klik ikon Modems. Klik Properties, Connection, dan klik bebutang

Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50. Arahan ini adalah

untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian

terputus.


Jam bebunyi

MUSICMATCH Jukebox telah dilengkapi dengan jam loceng yang menggunakan lagu

kegemaran anda. Untuk mencapai loceng ini, klik kanan pada ikon MUSICMATCH

Jukebox dalam System Tray dan klik Alarm Settings. Dalam kekotak dialog Alarm

Settings, anda akan dapat lihat loceng. Ia menggunakan kalendar sistem dan anda

boleh tentukan loceng untuk masa dan hari yang berbeza. Pada ketika yang telah

ditetapkan ia akan memainkan lagu yang telah ditentukan.


Tukar corak

Windows Media Player menggunakan paparan visual yang terdiri daripada denyutan

dan ia berubah menurut rentak lagu. Anda boleh mengubah suai paparan ini kepada

beberapa jenis. Pada Taskbar klik menu View, Visualizations, dan Musical Colors.

Gunakan Star Power, Water Spray, atau pilihan lain. Jika anda tidak sukakan corak

ini anda boleh cuba menu View, Visualizations, dan salah satu kategori seperti

Plenoptic, Ambience, Dotplane, Spikes, atau Bars.


IE ringkas

Pengguna internet biasanya mempunyai laman web tertentu yang menjadi

kegemaran mereka. Biasanya anda akan memasukkannya ke dalam senarai

Favorites. Anda juga boleh membuat kependekan Desktop untuk laman web

kegemaran anda. Caranya ialah pergi ke laman web kegemaran anda dan pergi ke

sudut atas kiri pelayar web anda. Klik dan heret ikon IE tersebut ke desktop anda

dan ikon laman web tersebut akan terbentuk.


Radio internet

Kualiti siaran radio internet RealPlayer bergantung kepada kelajuan capaian internet

dan pilihan untuk mendengar semasa meluncur web. Dengan itu jika anda mahu

mendengar sambil melayari web, anda perlu melakukan pengubahsuaian. Menu

View, Preferences, Connection. Turunkan Connection kepada Normal dan Maximum

Bandwidth untuk kelajuan yang kurang daripada kelajuan modem maksimum. Ia

akan meningkatkan kualiti audio anda.


Kecilkan MP3

Pemain MP3 masa kini menggunakan banyak memori dan menerima storan

tambahan untuk meningkatkan kapasiti. Dengan itu adalah baik untuk berjimat

ruang. Semasa anda melakukan rakaman MP3, rakamlah ia dalam kelajuan 64Kbps

dan tidak menggunakan 128Kbps. Cara ini fail MP3 akan menjadi kecil dan

memberikan ruang yang lebih untuk lagu-lagu lain. Rakaman lagu MP3 pada 64Kbps

adalah sama dengan kualiti bunyi FM.


Simpan Hotmail

Hotmail tidak mempunyai had jumlah nombor mesej yang boleh anda simpan dalam

akuan anda pada satu-satu masa asalkan tidak melebihi 2MB. Untuk memeriksa

jumlah saiz klik Folder pada Hotmail dan ia akan memaparkan jumlah saiz yang

telah digunakan. Jika anda menggunakan Outlook Express 5, anda boleh

memindahkan mesej anda kepada Outlook Express tanpa sebarang kerisauan

mengenai had saiz dalam Hotmail. Tentukan folder mana dalam Outlook Express

yang hendak anda gunakan untuk menyimpan Hotmail atau buat yang baru (File,

New, dan Folder). Buka Inbox Hotmail dan klik serta heret mesej daripada Hotmail

terus ke folder di Outlook Express.


Sumber:

http://www.ilplabuan.gov.my/download/2009081002.pdf

No comments:

Post a Comment